» » SPRM tak perlukan bantuan Interpol untuk jejak eksekutif SRC International berkaitan siasatan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ia tidak memerlukan bantuan Interpol untuk menjejak eksekutif SRC International Sdn Bhd bagi membantu siasatan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan dan dana RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri.

Agensi anti rasuah Malaysia itu berkata ia sudah merekodkan kenyataan Nik Faisal Ariff Kamil daripada SRC International dan dalam proses menetapkan tarikh untuk menemui 2 lagi bagi membantu siasatan.

"Berkenaan 2 individu lain yang diperlukan SPRM, pihak terbabit sudah pun dihubungi dan usaha sedang diambil untuk bertemu dengan mereka bagi tujuan diambil keterangan.

"Oleh itu, SPRM tidak memerlukan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Interpol untuk akses kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .