» » Nelydia Senrose rancang sambung pengajian di London


Pelakon Nelydia Senrose rancang ingin mengambil kursus jangka pendek dalam bidang psikologi di London dalam masa terdekat ini.

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 21, berkata sudah tiba masanya untuk dia memberi sedikit masa untuk fokus dalam pelajaran bagi menambah ilmu pengetahuannya.

"Saya masih muda dan banyak perkara yang harus diterokai. Saya tak mahu masa banyak dihabiskan dengan kerja-kerja lakonan sahaja.

"Lagipun bidang psikologi banyak kegunaannya dimana saya dapat berkomunikasi dengan baik dan dapat memahami orang di sekeliling saya ketika bekerja," katanya .

Nelydia ditemui pada majlis pra tonton super telefilem Strawberry & Karipap Hello Gold Coast di The Gardens Theatre di sini pada Rabu.


Bagaimanapun tambah adik kepada aktres Uqasha Senrose itu, dia masih lagi memilih masa yang sesuai memandangkan mata wang luar negara agak tinggi.

Sementara itu, mengenai super telefilem terbaharu itu, Nelydia berkata, agak mudah dia menghayati wataknya sebagai Aunty Lisa memandangkan ia merupakan kesinambungan supertelefilem Strawberry & Karipap Sesat Kat Paris.

Bagaimanapun, kata Nelydia dia melalui pengalaman mencabar di lokasi Warner Bro's Movie World di mana terpaksa melakonkan adegan menaiki beberapa permainan yang menakutkan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .