» » Mahu keputusan panggil Najib Razak untuk siasatan PAC dibincang terlebih dahulu


Wakil DAP, Tony Pua hari ini menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berbincang terlebih dulu sebelum sebarang keputusan dibuat untuk memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin semalam yang mengatakan "tidak semestinya" Najib akan dipanggil dalam prosiding itu.

"Saya rasa perkara ini perlu dibincangkan terlebih dulu dalam PAC dan jawatankuasa ini perlu buat keputusan," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Hasan berkata Najib tidak semestinya perlu dipanggil untuk memberi keterangan dalam siasatan PAC ke atas syarikat pelaburan dana sarat hutang itu.

Kenyataan Hasan tersebut berbeza dengan pengerusi PAC sebelumnya, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang tidak menolak kemungkinan memanggil Najib dalam siasatan 1MDB itu.

Perdana menteri, yang juga menteri kewangan, adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

PAC akan memanggil Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi minggu depan, menyambung semula siasatan ke atas dana pelaburan negara itu selepas ditangguhkan selama 4 bulan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .