Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan bekalan makanan kering dan basah mencukupi bagi menghadapi musim banjir tahun ini.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kementerian bersiap sedia dan mengambil langkah mengadakan pertemuan dengan pembekal di kawasan berisiko berlaku banjir bagi memastikan barangan keperluan harian terutama makanan mencukupi.
"Sekiranya berlaku banjir dan mungkin bekalan makanan daripada peniaga di kawasan terlibat tidak dapat disalurkan, kita juga adakan pertemuan dengan pengusaha dan pembekal yang berada di luar kawasan yang selalu berlaku banjir bagi memastikan bekalan dapat terus disalurkan," katanya di Dewan Rakyat hari ini
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang bertanya perancangan KPDNKK bagi memastikan bekalan makanan mencukupi pada musim tengkujuh tahun ini.
sumber
No comments: