» » Kementerian Pendidikan tidak pinggirkan bahasa Inggeris


Kementerian Pendidikan tidak pernah sama sekali mengabaikan kepentingan menguasai bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan guru, sebaliknya sentiasa berusaha untuk memperkasakan penggunaan bahasa itu.

Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata usaha kementerian jelas dilihat melalui dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), yang antaranya bertujuan memantapkan kualiti serta mutu penggunaan bahasa Inggeris.

"Bukan kementerian sahaja, tapi perdana menteri juga dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 dan Bajet 2016, dengan begitu spesifik menyatakan hasrat beliau untuk melihat bagaimana hendak menambah baik mutu penguasaan bahasa Inggeris.

"Kementerian juga dalam proses untuk menghantar para guru mendapatkan latihan secara spesifik dalam penggunaan BI," katanya menjawab soalan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kulasegaran ingin tahu apakah usaha kerajaan untuk mengatasi masalah guruyang mengajar bahasa Inggeris tetapi tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa itu, selain mendakwa akibat “menganaktirikan” bahasa itu, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan guru lemah.

Kamalanathan berkata selain itu, 20,000 guru menjalani kursus penggunaan bahasa Inggeris, yang kini dalam tahap B1 dan B2 Cambridge Proficiency Test dan akan selesai akhir tahun hadapan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .