» » 25 ribu rakyat Malaysia yang berusia 35 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis setakat ini


Dalam tempoh masa lima tahun kebelakangan ini, seramai 25,000 rakyat Malaysia yang berusia 35 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin berkata, keadaan ini berlaku apabila golongan berkenaan tidak mampu melangsaikan hutang-hutang tertunggak walaupun telah membelanjakan 30 peratus daripada pendapatan bulanan mereka untuk menyelesaikannya.

“Namun akibat penggunaan kad kredit yang tidak terkawal, di samping membuat pinjaman-pinjaman peribadi yang tidak mendatangkan hasil menyebabkan akhirnya mereka terpaksa diisytiharkan muflis dalam usia yang sangat muda.

“Yang lebih dibimbangkan mereka yang tidak diisytiharkan muflis namun menanggung hutang yang banyak dalam usia muda juga semakin ramai pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Pengurusan Ringgit 2015 (SUPER 2015) anjuran Biro Profesional Muda (BPM) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, di sini, hari ini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .