Pelakon yang terkenal dalam lakonan anak mami ini mungkin jarang dilihat untuk mengacarakan rancangan dan lebih banyak dilihat berlakon kerana lakonannya yang jitu.
Anak kelahiran Perlis ini baru-baru ingin menjinakkan diri dalam bidang pengacaraan.
Seperti yang dilaporkan , dia sedang berkira-kira untuk menerbitkan program wanita dengan kerjasama saluran ASTRO.
Program yang masih belum mendapat tajuk dan hanya menggunakan tajuk sementara 'emansipasi' ini berkait rapat dengan pengalamn hidupnya bergelar ibu tunggal.
"Program ini memang tercetus daripada pengalaman saya melalui rumah tangga.
"Saya sendiri pernah lemah semangat, hati hancur kerana bukan senang untuk bangkit semula meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal. Saya sendiri terpaksa melalui prosiding mahkamah mendapatkan hak dan keadilan diri. "katanya.
No comments: