Buah tangan pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia adalah tiga jenis rangkaian haruman badan di bawah nama Mystical by Fazura.
Antara 3 wangian tersebut adalah I Love Me (bauan Chamomile Honey), Berry Beautiful (Berry Mix) dan Spotlight (campuran variasi buah buahan).
Fazura yang kini tidak lagi diuruskan oleh Farid Ramli baru sahaja melancarkan haruman di butiknya House of Doll di Jalan Telawi Bangsar.
"Saya sendiri penggemar haruman badan dan minyak wangi. Saya yakin semua di dunia ini bagai tak dapat dipisahkan dengan minyak wangi. Haruman ini bukan hanya sesuai untuk wanita tetapi pasti digemari golongan lelaki.
"Kerana anda semua bintang seperti saya juga maka lahirlah rangkaian haruman badan ini. Semburkanlah haruman ini untuk merasai kesegaran baunya. Ia akan mula dijual secara rasmi bermula 2 November hadapan," katanya .
No comments: