» » Buat baik tak semestinya akan dibalas baik didunia ini dan begitu juga sebaliknya


Tiga maut manakala 4 cedera parah dalam kemalangan membabitkan 8 kenderaan di Kilometer 283.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, hari ini.

Dalam kemalangan yang turut membabitkan antaranya sebuah motosikal, sebuah trak tunda serta sebuah lori tangki, seorang cedera ringan manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisen Sum Chang Keong berkata mangsa yang meninggal dunia ialah penumpang trak tunda, Mohd Fazli Malijan, 38, anaknya Muhammad Shamsul Mohd Fazli, 14, serta anak saudaranya Muhammad Amirul Hakimi Abdullah, 15.

Kesemua mereka berasal dari Kota Baru, Gopeng manakala pemandu trak tunda, Abdul Mutalib Abdul Majid, 35, yang berasal dari Ipoh, patah kaki kanan.

Mangsa lain ialah anggota polis dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Sarjan Alias Othman, 46, yang patah kaki kiri, namun seorang lagi anggota polis, Koperal Shamsol, 50, tidak mengalami kecederaan.

Pemandu kenderaan pacuan 4 roda jenis Mitsubishi Triton, Lim Seng Hui, 48, dari Petaling Jaya, Selangor, serta penumpangnya warga Jepun, Yukhiiro Mori, 40, masing-masing cedera di badan dan leher manakala pemandu lori tangki, Rozali Kassim, 53, hanya cedera ringan.

Sum berkata berdasarkan siasatan awal, anggota IPD Ipoh menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang terbabas dipercayai hilang kawalan kira-kira 8.45 pagi tadi.

"Sebaik menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut, 2 pegawai penyiasat dari Cawangan Trafik IPD Ipoh bergegas ke tempat kejadian.

"Ketika mereka sedang menjalankan tugas, sebuah lori tangki dipercayai hilang kawalan terbabas ke kiri jalan dan melanggar Mitsubishi Triton dan Proton Waja," katanya.


Sum berkata lori tangki yang membawa muatan simen itu turut melanggar 5 lagi kenderaan di hadapannya.

"Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia dilanggar oleh lori terbabit ketika mereka sedang membantu mangsa kemalangan membabitkan kereta jenis Honda Accord itu," katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa yang meninggal di tempat kejadian, dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

"Polis menahan pemandu lori tangki berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .