» » MARA nafi pegawainya terbabit dalam skandal hartanah di Australia



Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa menegaskan tidak ada pegawai Mara yang terlibat dalam salah guna kuasa membabitkan pembelian hartanah di Australia, Jun 2015 yang lalu.

Beliau berkata setakat ini, Mara masih belum mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawainya yang didakwa terlibat dalam urus niaga hartanah bernilai RM65.5 juta itu.

"Tidak ada siapa yang didakwa terlibat, nama tertentu yang disebut itu adalah tidak adil untuk dituduh kerana ia masih dalam proses siasatan.

"Tidak adil untuk kita menghukum sekiranya masih belum disabitkan kesalahan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli parlimen Ketereh itu mengulas dakwaan Ahli Parlimen Rafizi Ramli yang mempersoakan tiadanya perkembangan siasatan membabitkan skandal itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .