» » PAKATAN HARAPAN cadang mansuhkan GST untuk kurangkan beban rakyat Malaysia yang telah cukup menderita


Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2016 mencadangkan kadar sifar cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Belanjawan Alternatif itu menyatakan kadar sifar GST boleh diseimbangkan menerusi penjimatan menerusi membasmi pembaziran dan rasuah.

Pakatan pembangkang baharu itu berkata meskipun pelaksanaan kadar sifar GST bermakna kehilangan pendapatan sebanyak RM16 bilion, namun ia tidak akan memberi kesan kepada kedudukan fiskal secara keseluruhan terhadap kerajaan.

"Berdasarkan model keseluruhan fiskal kami Pakatan Harapan akan meraih pendapatan RM3.5 bilion, termasuk simpanan berjumlah RM30 bilion daripada pembasmian pembaziran dan rasuah," tulis dokumen Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan yang diberikan kepada media, hari ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .