Putrajaya digesa memansuhkan program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kerana pelaksanaannya tersasar daripada matlamat asal memberi perumahan murah kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.
Beliau berkata, harga rumah PR1MA pada ketika ini tidak mampu dimiliki rakyat, terlalu mahal dan hanya memberikan keuntungan kepada pemaju.
"Saya tidak faham kenapa bina PR1MA? Harga rumahnya di luar kemampuan rakyat.
"Saya cadang kita tidak tubuh lagi PR1MA untuk menghentikan keuntungan besar-besaran yang dibuat pemaju," kata ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
sumber
No comments: