» » Hentikan persoal kebebasan Bank Negara Malaysia


Zeti menjadi sasaran serangan blog tanpa nama dan dipertikaikan menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung siasatan atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pada 9 Oktober, bank pusat itu berkata, ia menggesa peguam negara memulakan pendakwaan jenayah terhadap dana bermasalah negara itu selepas selesai menyiasat firma itu.

Dalam kenyataannya, ia berkata 1MDB memperoleh kebenaran melabur di luar negeri berdasarkan maklumat kurang tepat dan pendedahan kurang lengkap, sekaligus melanggar peraturan perbankan tempatan.

Menurut BNM, ia menarik semula kebenaran pelaburan itu.

Namun, minggu seterusnya, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan keputusan beliau yang enggan mengambil tindakan terhadap 1MDB.

Katanya tiada dakwaan dibuat walaupun ada semakan semula kes itu dari BNM kerana katanya, bank pusat itu tidak mengemukakan bukti tambahan.

Menurut Apandi Selasa lalu, BNM tidak mendapatkan maklumat tambahan dari 1MDB bagi membuktikan ia melanggar undang-undang.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .