BR1M tidak diterima oleh golongan menengah malah golongan berkenaan terpaksa menampung kos tambahan akibat pelbagai kenaikan.
Seorang ahli akademik mempertikaikan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengaitkan kadar kenaikan bayaran tol dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr. Mohd Fuad Othman berkata, kenyataan Perdana Menteri itu membuktikan kerajaan telah mengenepikan golongan kelas menengah.
Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, Perdana Menteri perlu ingat tidak semua orang menerima BR1M terutama golongan menengah.
Malah, katanya, golongan kelas menengah terpaksa menampung kos tambahan sedangkan tidak ada sebarang bantuan yang diterima.
“Beliau boleh kata begitu tapi pada masa sama kena ingat, tidak semua orang dapat duit BR1M.

Kenyataan itu mungkin ada benarnya tapi apa pula nasib bagi golongan menengah dan menengah atas yang tidak mendapat BR1M ini?
“BR1M hanya satu segmen daripada masyarakat dan kita faham mungkin ada perlunya mereka ini mendapat bantuan tapi bagaimana nasib golongan yang tidak mendapat bantuan?

Sudahlah tak dapat BR1M, masuk universiti tidak dapat biasiswa, tidak dapat pinjaman, PTPTN pun sedikit,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online.
Mohd Fuad berkata, Najib sepatutnya memikirkan perkara itu dan memberi ruang kepada golongan menengah supaya mereka tidak sentiasa tertinggal dan seolah-olah diabaikan oleh kerajaan.
Terbaharu, Najib dilaporkan mempertahankan kenaikan kadar tol yang berkuat kuasa 15 Oktober lalu sebagai satu keperluan dan menyifatkan kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol, kerana jika langkah itu tidak dilaksanakan, kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan kadar pemberian BR1M.
Dalam pada itu, Mohd Fuad berpandangan bahawa kerajaan perlu menilai kembali relevan pemberian bantuan kewangan itu.
“(Kadar bertambah saban tahun) Sebab itu kerajaan kena fikirkan kembali kesesuaian BR1M. Sampai bila kerajaan mampu bertahan dengan menggunakan BR1M ini?
“Akibatnya, orang lain yang tidak menerima BR1M itu bagaimana? Yang membayar cukai beribu ringgit tapi mereka tidak dapat apa,” katanya.

No comments: