"Kerajaan beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seolah-olah bagi kita (rakyat) gula-gula getah 'chewing gum'.
Sudah habis manis (gula-gula getah) itu, kita sudah tidak ada (rasa) apa-apa lagi," demikian ujar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pemberian BR1M kepada masyarakat berpendapatan sederhana dan rendah di negara ini.
BR1M merupakan salah satu perkara yang akan disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2016 esok.
"Kalau tambah BR1M banyak mana sekalipun, keadaan ekonomi kita tidak akan pulih. Dan beban akan terus menghimpit kehidupan rakyat dengan nilai ringgit yang jatuh.
"Dia (Najib) nak tambah BR1M banyak mana? Bukannya dia boleh bagi (BR1M) tiap-tiap bulan," tempelak beliau lagi.
Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, kerajaan kini sedang menimbangkan cadangan untuk memberikan BR1M untuk tahun 2016.
Menurut Ahmad Husni, BR1M telah diagihkan kepada 4.33 juta isi rumah, membabitkan peruntukan sebanyak RM2.16 billion. Bantuan RM500 telah diberikan kepada setiap keluarga yang pendapatan isi rumahnya RM3,000 dan ke bawah.

No comments: