» » Agama Islam dijadikan tunggangan dalam urusan jual beli pahala yang telah jadi amalan biasa di Malaysia sekarang ini


Penyalahgunaan agama untuk keuntungan bukan satu perkara baru dalam sejarah manusia. 

Di Malaysia sahaja banyak penjualan produk yang mengkomersilkan ayat Al-Quran, upah membaca Al-Quran, dan doa ini yang semakin diterima dan menjadi budaya penduduk terutamanya yang beragama islam.

Perbuatan mengekspoitasikan agama dari cabang yang berbeza boleh mempengaruhi orang awam dan selakigus mengelirukan dengan penyebaran hadis-hadis dan nas palsu.

Ia merupakan satu jenayah besar dalam agama kerana membuat/menyebar dakwaan palsu menggunakan Al- quran walhal tiada sebarang nas dari Allah mahupun RasulNya.

Seperti yang diterangkan Dr Maza didalam blognya:

Kadang-kala nas yang digunakan itu benar, tetapi dieksploitasikan. 

Umpamanya al-Quran memang menyebut tentang kelebihan madu seperti firman Allah:
(maksudnya)

“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. 

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah peraturan Tuhanmu yang dimudahkannya kepadamu”. (dengan itu) akan keluarlah daripada perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia. 

Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah al-Nahl: ayat 68-69).

Ayat ini adalah umum, tidak dikaitkan dengan mana-mana produk tertentu. 

Maka janganlah digunakannya untuk dikhususkan kepada syarikat tertentu, padahal sudah ribuan tahun manusia meminum madu dan menikmati manfaatnya, sebelum syarikat-syarikat hari ini wujud.

Namun, apabila lidah penceramah agama berkempen untuk produk tertentu, maka jelaslah bahawa dia telah mengeksploitasikan agama untuk memajukan poketnya, bukan mendaulatkan agamanya. 

Jika dia ingin berkempen orang ramai meminum madu, silakan. 

Ayat tadi pun berkempen untuk itu. 

Tetapi hendaklah secara umum, bukan berkepentingan.

Justeru itu, perkara sebegini harus dibanteras dan dihentikan supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan atas perkara ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .