» » Goldman Sachs yang terlibat dengan 1MDB secara langsung kini dalam pemerhatian FBI


Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) sedang meneliti peranan Goldman Sachs Group Inc dalam tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menurut laporan The Wall Street Journal hari ini.

Badan siasatan AS itu sedang dalam peringkat mengumpul maklumat dan setakat ini tiada sebarang saranan salah laku oleh Goldman Sachs, lapor akhbar itu, memetik sumber yang rapat dengan kes itu.

Penyiasat "masih belum memastikan sekiranya perkara itu akan menjadi tumpuan mana-mana siasatan terhadap skandal 1MDB," seorang jurucakap FBI dipetik sebagai berkata.

Pejabat Goldman Sachs Singapura tidak segera bertindak balas kepada permintaan bagi mendapatkan komen pihaknya.

FBI dan DoJ tidak dapat dihubungi untuk komen di luar waktu perniagaan Amerika Syarikat.

Pada Julai, pegawai anti rasuah Malaysia yang menyiasat dakwaan itu melawat pejabat tempatan Goldman Sachs mencari dokumen yang berkaitan dengan 1MDB, lapor Reuters sebelum ini, memetik sumber.

Penyiasat di Malaysia sedang menyiasat pengurusan 1MDB, termasuk tuduhan yang hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan daripada dana itu ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, peguam negara mempertahankan tindakannya yang menutup suatu penyiasatan oleh bank pusat negara itu kerana tidak ada bukti pegawai 1MDB dengan sengaja melanggar undang-undang.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .