» » Kritikan Dr Mahathir terhadap Najib Razak bukti kecantikan dan keterbukaan demokrasi di Malaysia


"Serangan" dan kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak membuktikan kecantikan demokrasi yang ada di negara ini, kata bekas menteri, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, dalam sebuah negara demokrasi, semua pihak boleh menyuarakan pandangan dan itu merupakan hak mereka.

"Itulah kecantikan demokrasi. Kumpulan tertentu boleh mendesak apa-apa yang dia nak. Itu demokrasi.

"Tapi kerajaan ada tugas yang dia nak pertahankan. Jadi kita dengar. Dalam demokrasi ini kita akan dengar macam-macam pandangan," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan yang dibuat Mahathir agar perdana menteri meletakkan jawatan.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan dan pendirian Mahathir, bekas ahli majlis tertinggi Umno itu berkata:

"Itu hak Tun (Mahathir). Saya sekarang memegang jawatan pengerusi SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat), orang suruh saya berhenti. Takkan saya nak ikut cakap orang itu suruh berhenti.

"Saya ada tanggungjawab. Tapi itu hak dia dan saya tak boleh marah dia pula macam mana mereka marah saya," katanya tersenyum.

Dua minggu lalu, Mahathir mengadakan sidang media bersama antaranya musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal.

Selain mereka, bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat juga turut hadir

Sidang media itu dibuat bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathias Chang.

Ia juga diadakan bagi memberi tekanan kepada Najib supaya meletakkan jawatan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .