» » Agong dan Raja-raja Melayu bukan 'rubber stamp'


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui peranan yang di-pertuan agong dan raja-raja Melayu dalam sistem raja berperlembagaan.

Menjawab kenyataan timbalan perdana menteri berkaitan titah raja dalam isu 1MDB, beliau bagaimanapun berkata istana bukan 'rubber stamp' (pak turut) untuk mengesahkan tindakan kerajaan.

“Benar agong dan raja-raja Melayu adalah raja berperlembagaan.

“Tetapi ia tidak bermakna mereka hanya pak turut untuk mengesahkan semua tindakan kerajaan,” katanya.

Mahathir mengulas kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang menegaskan konsep pemisahan kuasa ketika menyentuh titah majlis raja-raja supaya siasatan 1MDB diselesaikan segera dan tindakan diambil kepada pesalah.

Selepas titah raja-raja berkaitan isu 1MDB, Zahid pada 8 Oktober berkata desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak harus berlaku.

Zahid berkata segala titah raja-raja dinilai baik dan kerajaan telah mengambil langkah proaktif menangani isu yang dititah.

Beliau juga berkata kerajaan komited mendukung konsep pemisahan kuasa dan oleh itu setiap organ kerajaan perlu dibenarkan berfungsi seperti dijelaskan perlembagaan.

Tak semesti dengar kabinet saja

Majlis Raja-Raja Melayu bertitah supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat.

Mahathir, tokoh yang dilihat bertanggungjawab membataskan kuasa raja-raja ketika menjadi perdana menteri, hari ini turut mengulas panjang lebar berkaitan bidang kuasa mereka.

Mahathir berkata raja-raja kadangkala boleh bertindak atas budi bicara sendiri selain mendapatkan nasihat daripada pihak yang tidak semestinya berada dalam kabinet.

“Jelas sekali, jika sesuatu petisyen dibuat dan terdapat tuntutan awam, raja-raja tidak semestinya hanya dengar pada kabinet,” katanya.

Mahathir juga berkata majlis raja-raja tidak bertindak melebihi peruntukan dalam perlembagaan apabila mengulas isu 1MDB, syarikat cetusan ilham Datuk Seri Najib Razak yang sedang sarat hutang.

Beliau juga berkata terdapat beberapa peruntukan perlembagaan yang menyebut raja-raja boleh menjalankan beberapa fungsi eksekutif.

Pada 1983, Mahathir terlibat dalam kempen membataskan kuasa raja-raja Melayu.

Sepuluh tahun selepas itu, beliau berjaya mengehadkan kekebalan raja-raja Melayu yang membolehkan mereka didakwa jika melakukan kesalahan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .