PKR hari ini mengesahkan PAS sudah menyatakan persetujuan untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri yang akan dibawa Pakatan Harapan pada sidang Dewan Rakyat sesi ini.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali enggan mendedahkan siapa wakil daripada PAS yang bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan usaha tersebut.
"Atas dasar semangat bersama, kita bersetuju untuk membentangkan usul tersebut, namun kita akan menentukan masa dan prosesnya tidak lama lagi," kata ahli Parlimen Gombak itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Pengesahan Azmin itu selari dengan kenyataan Dr Wan Azizah sebelum itu yang mengakui PAS turut bersama dengan Pakatan Harapan menyokong usul tidak percaya terhadap Najib itu.
sumber
No comments: