» » 29 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi 21 Oktober 2015


Kualiti udara dilaporkan semakin buruk dengan 29 kawasan mencatat bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat sementara Shah Alam mencatat bacaan sangat tidak sihat 226 setakat 10 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 4 kawasan dikesan pada kategori tidak sihat sejak 10 malam tadi iaitu Pelabuhan Klang (200), Putrajaya (189), Banting (186) dan Petaling Jaya (183) menghampiri paras sangat tidak sihat.

Sebanyak 25 kawasan lain yang berada pada paras tidak sihat ialah Alor Setar (135); Bakar Arang di Sg Petani (139); Langkawi (132); Bandaraya Melaka (114); Bukit Rambai (119); Nilai (149); Port Dickson (117); Seremban (150); Jerantut (104) Jalan Tasek (139) dan S K Jalan Pegoh di Ipoh (148); Kg Air Putih di Taiping (118).

Seri Manjung (143); Tanjung Malim (123); Kangar (137); Perai (120), Seberang Jaya 2 (142) dan USM (143) di Pulau Pinang; Kuching (131); Samarahan (135); Sarikei (115); Sri Aman (145); Kuala Selangor (152); Batu Muda di Kuala Lumpur (171) dan Cheras (150).

Manakala 21 kawasan lagi mencatatkan IPU sederhana iaitu Kota Tinggi (68); Larkin Lama (73); Muar (95); Pasir Gudang (90); SMK Tanjung Chat di Kota Bharu (97); Tanah Merah (92); Balok Baru (72); Indera Mahkota (69); Keningau (68); Kota Kinabalu (68); Sandakan (60); Tawau (92); Bintulu (93); ILP Miri (69); Kapit (85); Limbang (62); Sibu (92); Kemaman (82); Kuala Terengganu (98); Paka (72) dan Labuan (62).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .