» » Kurangkan GST 1% kerana ia akan sangat membantu rakyat Malaysia


Pengurangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2016 yang akan dibentangkan Jumaat ini mungkin satu langkah baik dilakukan Putrajaya untuk mendapatkan semula keyakinan orang ramai, kata pakar ekonomi.

Ketua Ekonomi IQI Group Holdings Shan Saeed berkata, walaupun penurunan hanya 1% GST, yang pada masa ini berkadar 6%, akan memberi manfaat kerana ia merupakan cukai penggunaan.

"Pengurangan 1% boleh membantu meningkatkan permintaan domestik keseluruhan dan membawa keyakinan ke dalam pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai pemangkin untuk memulihkan pelaburan swasta di negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mengurangkan GST juga merupakan salah satu daripada banyak cadangan disokong rakyat Malaysia yang disiarkan di laman sesawang rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak najibrazak.com, dalam ruangan khusus untuk menerima cadangan daripada orang ramai mengenai Bajet 2016.

Najib yang juga menteri kewangan bakal membentangkan belanjawan negara di Dewan Rakyat Jumaat ini.

Satu posting Thomas Wong pada 15 September mencadangkan GST dikurangkan kepada di antara 1% hingga 3%.

Seorang lagi komentator Cheong Meow Ling mencadangkan pengurangan cukai GST kepada 3%.

"Kami tidak meminta GST dimansuhkan tetapi hanya dikurangkan ... percayalah, ia akan membantu," tulisnya.

Tetapi Shan berkata, pengurangan besar secara tiba-tiba adalah mustahil bagi kerajaan.

"Kita lihat bagaimana pasaran bertindak balas dengan pengurangan sebanyak 1%. Jika kerajaan sanggup melakukannya, ia akan menunjukkan yang kerajaan bersedia untuk merangsang ekonomi, " katanya dan menambah kesan ke atas ekonomi akan berada pada "tahap makro" dan bukannya kesan mikro kepada pengguna secara langsung.

Seorang lagi pakar ekonomi Dr Yeah Kim Leng berkata, Putrajaya boleh mempertimbangkan pengurangan kadar GST jika ia tidak menjejaskan rancangan mengurangkan defisit fiskal.

"Ia akan menjadi sangat bergantung kepada sama ada ia boleh memanjangkan kesan untuk mengimbangi sektor tertentu dan pada masa sama mencapai sasaran defisit fiskal," kata dekan Fakulti Perniagaan, Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Must).

Pengurangan kadar GST mampu dicapai tetapi ia tidak boleh terlalu drastik, katanya.

"Satu peratus adalah angka yang sesuai. Tetapi kemudian ia bergantung kepada faktor lain. Ia masih dapat dipenuhi jika kerajaan mahu memperkenalkan bajet mesra rakyat," katanya.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .