» » Simpan Najib Razak bersama rasuahnya dan UMNO bakal akan hancur tidak lama lagi


Anggota Umno diminta untuk menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika sayangkan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu itu.

Malah, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya anggota parti itu sayang dan memilih untuk terus mengekalkan presiden mereka Umno akan hilang kuasa dan berkecai sama sekali.

“Jika sayang Umno tolak Najib sekarang.

“Jika sayang Najib, Umno akan hilang kuasa dan berkecai,” kata Tun Mahathir dipetik dalam blognya hari ini.

Tun Mahathir juga mahu anggota parti menolak presiden Umno itu sebelum pilihan raya sekiranya mahu terus kekal berkuasa.

“Ahli-ahli Umno yang sayang dan ingin Umno kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihan raya,” tegasnya.

Menurut Mahathir, Umno tidak mempunyai masa yang banyak untuk memperbaiki parti itu sekali gus menambat kembali hati pengundi mereka.

“Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan Umno tidak mencukupi,” katanya lagi.

Sebaliknya, tegas Mahathir lagi sekiranya Najib tidak lagi menjadi presiden Umno dan memimpin BN, besar kemungkinan parti komponan itu akan menang.

“Umno akan hancur kerana ramai dari ahli Umno tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.

“Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada Umno atau BN.

“Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin Umno yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain,” tambah Mahathir.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .