» » Ringgit Malaysia ditutup rendah 4.3340 berbanding USD1


Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan harga minyak mentah yang lemah, kata peniaga.

Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.3340/3400 berbanding dolar AS daripada 4.3250/3330, semalam.

Menurut peniaga, penurunan ringgit itu juga seiring dengan prestasi dicatatkan mata wang serantau.

Niaga hadapan penanda aras minyak mentah Brent didagangkan 0.8% lebih rendah pada AS$47.24 setong.

Ringgit juga rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Ia susut berbanding pound British pada 6.6692/6797 daripada 6.6406/6546 semalam.

Unit tempatan itu susut berbanding euro pada 4.8519/8604 daripada 4.8410/8508 sebelum ini dan rendah berbanding dolar Singapura pada 3.0594/0641 daripada 3.0522/0589 semalam.

Ia bagaimanapun kukuh berbanding yen pada 3.5857/5915 daripada 3.5907/5988 semalam.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .