» » Seorang lagi suspek ditahan bantu siasatan pembunuhan Kevin Morais


Seorang lagi suspek berusia 22 tahun, ditahan berhubung kes pembunuhan Anthony Kevin Morais menjadikan jumlah mereka ditahan reman untuk membantu siasatan seramai 5 orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Zainuddin Ahmad berkata tangkapan terbaharu itu dibuat semalam kira-kira jam 5 petang di Kulim, Kedah.

"Suspek tidak bekerja dan kita tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini. Sehingga sekarang 5 suspek dalam tahanan untuk siasatan," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Zainuddin dalam pada itu berkata polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan satu kemalangan jalan raya di Jalan Duta Mas pada 4 September lepas, terutamanya maklumat daripada pemandu atau penumpang kenderaan pelbagai guna Toyota Estima berwarna putih yang berhenti melihat kejadian itu (seperti di dalam rakaman video), agar menghubungi polis.

"Kejadian kemalangan itu lebih kurang pukul 7.51 pagi yang dipercayai mempunyai kaitan ke atas penculikan Morais ketika itu. Sebarang maklumat orang ramai boleh menghubungi mana-mana balai polis atau hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999.

Morais yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara dilaporkan hilang sejak 4 September lepas, mayatnya ditemui disimen dalam sebuah tong dram di dalam sebuah parit di Subang Jaya, awal pagi semalam selepas seorang daripada suspek membawa pihak polis ke lokasi tong itu di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Klang.

Morais, 55, kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .