» » Kerajaan pantau banjir di Perlis dan Kedah


Kerajaan memantau keadaan banjir di Perlis dan Kedah, serta menghulurkan bantuan serta merta kepada mereka yang terjejas di kedua-dua negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kanak-kanak dan mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi juga akan dipindahkan serta merta.

"Saya ambil maklum mengenai keadaan di Kedah dan Perlis yang dilanda banjir kilat, dan berdoa semua di sana berada dalam keadaan selamat.

"Kerajaan akan memantau keadaan ini dan hulurkan bantuan dengan serta merta kepada mereka yang terjejas, terutamanya kanak-kanak dan mereka di kawasan berisiko tinggi yang perlu dipindahkan serta merta," katanya dalam status terbaru laman Facebook beliau malam ini.

Hujan lebat sejak 3 hari lepas menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Perlis dan setakat ini, seramai 50 orang dari 12 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan.

Selain itu, lebih 1,000 penduduk dari 8 kampung di Changlun, Kedah terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat sejak 2 hari lepas.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .