Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini dianugerahkan RM200,000 ganti rugi daripada Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menerbitkan artikel berunsur fitnah tahun lalu.
Ia diputuskan Mahkamah Tinggi tanpa kes tersebut dibawa ke perbicaraan.
Peguam Pua, Guok Ngek Seong berkata penerbit itu tidak mempunyai pembelaan kerana sumber laporan fitnah, pengerusi cawangan DAP Tan Tuan Tat, menyelesaikan saman fitnah yang berasingan dibawa terhadapnya oleh Pua.
Beliau berkata Hakim Datuk Hue Siew Kheng, yang membuat keputusan itu di dalam kamar dan juga memberikan RM15,000 sebagai kos kepada setiausaha publisiti DAP itu.
Peguam Elly Azureen Khalid mewakili Utusan.
Tahun lalu Utusan Malaysia menerbitkan laporan memetik Tan sebagai berkata Pua perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan aktiviti haramnya di Singapura.
Dalam saman yang difailkan terhadap Utusan pada 16 Januari, Pua berkata laporan mengatakan dirinya sebagai seorang ahli politik bermoral rendah, dan seorang ahli perniagaan yang tidak cekap.
Guok berkata penerbit enggan menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf apabila surat tuntutan dihantar.
Beliau berkata penerbit hanya menerbitkan permohonan maaf pada 23 Mei selepas mendapati Tan sudah menyelesaikan perkara itu dengan Pua.
sumber
No comments: