» » 'Saya difitnah oleh satu dunia sedangkan saya seorang yang sangat jujur lantaran dicemburui oleh semua'


Tuan-tuan dan puan-puan
sama ada sokong atau tidak

Rakyat yang membayar cukai
dan menanggung saya

Sebagai politikus perdana
percayalah

Saya merayu
percayalah dengan nama Tuhan

Derma yang masuk akaun peribadi
semuanya untuk parti

Satu sen pun saya tidak belanja
untuk kepentingan sendiri dan famili

Percayalah
saya bersumpah berkali-kali

Tidak kenal model itu
yang ditembak dan dibom

Pengawal saya
apalagi bertemu mesra

Di mana-mana
mimpi atau realiti

Kerana saya suami mithali
tiada hanky panky

Setia hanya pada isteri
taat sampai mati.

Percayalah, tolonglah
jangan jadi terbangsat

Bila saya bukan lagi memanda
percayalah saya

Jangan dengar sosial media
percaya hanya media perdana

Saya bukan pengkhianat
tidak menggadai negara

Bukan kaki kelentong
jauh lagi berbohong

Saya berjiwa wasatiyyah
hidup sekadar ada

Makan gaji seadanya
mana ada simpanan bilion-bilion

Di Cayman Islands atau Singapura
tidak juga di Switzerland atau UAE

Semua itu fitnah akhir zaman
gerakan konspirasi antarabangsa

Mahu menjatuhkan kerajaan Melayu
didokong puak yahudi dan nasrani

Dengki melihat kejayaan saya
sebagai pemimpin Islam suci
yang bermain golf dengan Obama.

Percayalah
jangan jadi bangang

Haramjadah dan terbangsat
berdosa kalau menuduh saya

Dengan pelbagai fitnah
kerana tiada bukti apa-apa

Untuk mensabit penuduhan
selagi saya berkuasa

Selamanya saya mempertahankan
survival parti dan diri

Diatas nama ketuanan
yang semakin terancam

Dan menjadi asakan dendam
konspirator dalam selimut

Dan media luar negara
yang tidak henti-henti
dengki dan iri hati!



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .