» » 'Kes Altantuya dibangkitkan kembali konspirasi terhadap saya kerana saya jujur dan baik sebenarnya'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibangkitkan kembali sebagai "konspirasi" terhadapnya, selepas dokumentari disiarkan Al Jazeera tentang pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.

Bercakap kepada perwakilan Umno bahagian Pekan hari ini, Najib mempersoalkan waktu isu ini dibangkitkan kembali ketika beliau didesak meletakkan jawatan berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Isu ini dibangkitkan kembali sejak beberapa hari ini, akan tetapi saya pernah berkata sebelum ini, saya tidak pernah berjumpa perempuan ini, saya sudah bersumpah di masjid," katanya.

"Tiada bukti tetapi pertuduhan sering dibangkitkan, seperti ada konspirasi dalam dan luar negara."

Najib mendakwa ini juga merupakan satu percubaan untuk menjatuhkan Umno.

"Lihat Iraq. Mereka kata ada senjata pemusnah di sana. Saddam Hussein didakwa. Tetapi mereka tidak pernah jumpa senjata itu dan lihat Iraq sekarang," katanya.

"Lihat Syria, Mesir, Yaman dan Libya, semuanya musnah. Apakah ini sebahagian daripada konspirasi antarabangsa?" soal Najib.

"Tetapi kita bukan seperti mereka. Kita negara berjaya bukan negara gagal," katanya.

Beliau juga berkata, masalah yang dihadapimya tiada bezanya dengan krisis Umno lepas akan tetapi bezanya sekarang ini zaman media sosial.

"Dengan media sosial, walaupun anda lakukan seribu kebaikan, hanya satu dua isu yang dimainkan," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .