» » Najib Razak dan kerajaan bakal disaman atas dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion


Datuk Seri Najib Razak mungkin berdepan saman atas dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1MDB, kata Presiden Majlis Peguam Steven Thiru.

Kemungkinan itu dibuat ekoran usul mengenai skandal 1MDB yang diluluskan badan berkenaan dalam mesyuarat agung luar biasanya di Kuala Lumpur hari ini.

Ia diluluskan seramai 1,040 ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan.

Melalui usul itu Majlis Peguam mahu pihak yang bertanggungjawab menghalang siasatan yang sedang berjalan disaman di mahkamah.

Justeru, Thiru tidak menolak kemungkinan perdana menteri dan beberapa pegawai kanan kerajaan adalah antara yang akan disaman.

"Saman itu mungkin dibuat atas dakwaan salah laku penjawat awam atau salah guna kuasa untuk kepentingan tertentu.

"Akan ada beberapa defendan, termasuk perdana menteri. Ia tidak terhad kepada pegawai atasan kerajaan yang memberi arahan," katanya.

Bagaimanapun Thiru menegaskan, resolusi berkenaan bukan pengesahan bahawa seseorang itu sudah melakukan kesalahan, sebaliknya gambaran kebimbangan mereka terhadap gangguan ke atas siasatan dijalankan pihak berkuasa.

Ia juga, katanya, dibuat bagi mempertahankan kedaulatan undang-undang dalam siasatan kes berkenaan.

Seramai 16,000 peguam mendaftar menjadi ahli Majlis Peguam.

Usul itu dibentang Thiru ketika isu skandal 1MDB terus diperkatakan ekoran laporan dibuat The Wall Street Journal dan Sarawak Report sejak Julai lalu.

Kerajaan menubuhkan pasukan penyiasat khas bagi mencari penjelasan berhubung masalah dihadapi syarikat tajaan kerajaan itu namun ia terganggu seketika apabila pegawainya pula yang disiasat polis.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .