» » Najib Razak dakwa jadi mangsa konspirasi pihak asing yang cemburu dengan kepimpinan telus dan hebat beliau

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa tindakan pihak tertentu menimbulkan semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah perancangan kuasa luar untuk menjatuhkannya - sama seperti strategi terhadap Presiden Iraq Saddam Hussein.

Beliau menegaskan, Saddam digulingkan AS dengan dakwaan palsu kononnya Iraq memiliki senjata pemusnah massa.

"Sekarang kita tengok Iraq. Mereka (AS) tidak mempunyai bukti, tetapi tetap menceroboh negara itu.

"Sekarang rakyat Amerika menyesali perbuatan mereka dan nama Bush tidak diterima lagi," kata beliau dipetik The Star Online hari ini.

Najib menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat Umno Pekan.

Katanya, media asing terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan negara dan ia melibatkan pelbagai peringkat - "dari atas ke bawah, dan dari dalam dan luar negara".

"Tak ada gambar, tiada bukti dan tiada ada SMS, ia muncul semula. Kes ini sudah lenyap selama bertahun-tahun dan kini ditimbulkan lagi," katanya.

Najib juga sekali lagi mengulangi ikrarnya bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Altantuya.

Jika perkara itu (hubungan dengan Altantuya) benar, kata Najib, tidak mungkin perdana menteri terdahulu menyerahkan kuasa kepadanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .