» » Melaka antara 18 kawasan catat IPU tidak sihat pada petang 13 September 2015


Sebanyak 18 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, selain Sarawak, situasi sama dialami di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.

Bukit Rambai mencatatkan bacaaan IPU paling tinggi iaitu 160, diikuti Bandaraya Melaka (159), Port Dickson (147), Banting (144) dan Nilai (142).

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Seremban (139), Muar, Pelabuhan Klang (136), Putrajaya (132), Shah Alam (130), Petaling Jaya (127), Batu Muda (115), Cheras (110), Samarahan (109), Kuching, Pasir Gudang(105), Sri Aman (103) dan Kuala Selangor (101).

Sementara itu, kualiti udara di 4 kawasan di Sabah masih sederhana, namun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus meningkat setakat 10 pagi.

Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kualiti udara di Kota Kinabalu bertambah dengan bacaan IPU mencatat 69 berbanding 67 pada jam 6 pagi tadi.

Di Keningau, bacaan IPU direkodkan 70 diikuti Sandakan 53 berbanding masing-masing 69 dan 51 pada tempoh yang sama.

Sementara itu, bacaan IPU di Tawau turut meningkat kepada 58 berbanding 57 dalam tempoh 4 jam yang sama.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .