» » 17 kawasan catat IPU tidak sihat petang 12 September 2015


Sebanyak 17 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 3 petang ini.

Selain Sarawak, situasi itu melibatkan lokasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.

Bagaimanapun, Batu Muda yang merekodkan bacaan IPU bacaan paling tinggi iaitu 162 pada 9 pagi tadi, turun kepada 148 pada 3 petang ini.

Pelabuhan Klang merekodkan bacaan paling tinggi iaitu 153, diikuti Batu Muda (148), Shah Alam (144), Kuala Selangor (143), Petaling Jaya (135), Samarahan (129), Cheras (125), Banting (123), Putrajaya (122), Jerantut (120), Nilai (120), Seremban (118), Kuching (115), Seri Manjung di Perak (114) dan Sri Aman di Sarawak (111).

Sementara itu, 2 kawasan di Ipoh, iaitu SK Jalan Pegoh dan Jalan Tasek yang mencatatkan bacaan sederhana pada pukul 9 pagi, masing-masing kini mencatat bacaan tidak sihat iaitu 107 dan 101.

Tiga kawasan yang mencatat IPU tidak sihat pada 9 pagi tadi pulih kepada paras sederhana iaitu Bukit Rambai, Melaka (92), Port Dickson (88) dan Bandaraya Melaka (87).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

sumber




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .