» » Najib Razak enggan letak jawatan dan dakwa ramai yang masih sokong beliau walaupun terpalit dengan berbagai skandal yang memalukan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak berundur dan akan terus memimpin negara selagi beliau mendapat sokongan daripada parti dan rakyat.

Menerusi blog miliknya najibrazak.com, Najib berjanji beliau tidak akan sesekali mengecewakan ahli Umno dan rakyat Malaysia.

"Semua pemimpin menghadapi cabaran dan apabila dah masuk ke gelanggang, jangan kita keluar di tengah-tengah perlawanan.

"Kita akan berjuang secara habis-habisan dan saya akan memikul tanggungjawab saya kepada parti dan rakyat," katanya.

Pada masa sama Najib berterima kasih kepada rakyat Pekan sejak mula diangkat sebagai pemimpin selepas kematian ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein yang juga merupakan perdana menteri kedua Malaysia.

Najib turut mengimbas semula detik permulaannya dalam dunia politik, ketika beliau menang tanpa bertanding semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) dulu selepas Razak meninggal dunia.

"Apabila disuruh oleh parti untuk bertanding, saya agak tergamam. Umur saya belum cukup 23 tahun dan saya bertanya pada diri sendiri, mampukah saya menggalas tanggungjawab yang berat ini?

"Tetapi saya berazam pada masa itu saya akan menyambung legasi dan perjuangan ayahanda sebagai pemimpin anak jati Pekan," katanya.

Najib dalam blognya turut berkata terdapat pelbagai konspirasi dalam dan luar negara yang cuba menjatuhkan Umno.

Beliau berkata, dengan adanya media sosial kini, ia digunakan sebagai senjata untuk menyatakan sesuatu yang benar atau sebagai alat menabur fitnah kepada pemimpin negara tanpa mengenang jasa pemimpin tersebut.

"Kita berdepan dengan satu suasana baru yang mana media sosial digunakan untuk menyebarkan kebencian kepada pemimpin sehinggakan budi pemimpin tidak bermakna.

"Inilah mainan yang berlaku sekarang dan kebetulan pula ia berlaku pada masa saya sebagai pemimpin parti," katanya yang diselubungi skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ‘derma’ RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .