Malaysia masih belum menjadi sebuah negara, kata Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, pada ketika negara menyambut ulang tahun ke-52 hari ini.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, usaha Malaysia untuk membina sebuah negara sebenarnya gagal.
"Kita fikir Malaysia ini sebuah negara, sebenarnya tidak.
"Kita bermatian menganggap Malaysia ini mengamalkan demokrasi sebenar dengan memberi alasan terdapat pelbagai konsep demokrasi.
"Sayangnya kita tidak pernah diberitahu oleh pihak berkuasa apakah ukuran yang diguna untuk menyukat demokrasi kita," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
sumber
No comments: