» » Tony Pua hanya boleh beri penjelasan kepada PAC berkaitan kebocoran siasatan skandal 1MDB


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw mengatakan Tony Pua yang didakwa mempunyai kaitan dengan kebocoran maklumat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada akhbar The Wall Street Journal (WSJ) boleh membuat penjelasan kepada jawatankuasa tersebut selepas Oktober ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Dr Tan berkata keputusan untuk memanggil Pua yang juga ahli PAC hanya pada Oktober ini, kerana tidak mempunyai anggota jawatankuasa yang lengkap.

"Sekarang sesiapa sahaja boleh menjadi suspek dalam isu kebocoran maklumat ini.

"Kalau ada mesyuarat atau bersidang itu melibatkan banyak orang. Kena ada bukti," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Beliau yang juga pemimpin DAP berkata masih terlalu awal untuk membuktikan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara atau mana-mana ahli PAC terlibat dengan dakwaan tersebut.

Rabu lalu, WSJ melaporkan International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di United Arab Emirates (UAE) mendakwa, sejumlah AS$1.4 bilion bayaran yang dibuat 1MDB kini tidak dapat dijejaki.

Pendedahan itu turut menimbulkan dakwaan wujudnya kaitan dengan anggota PAC yang membocorkan maklumat tersebut.

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak berkata, Putrajaya turut menyiasat ahli PAC jika mereka didapati membocorkan maklumat.

"Kita juga perlu menyiasat dari mana maklumat itu diperoleh.

"Jika ia daripada PAC, sudah tentu kita perlu menyiasat siapa di antara mereka (ahli PAC) yang membocorkan maklumat itu, " katanya.

1MDB dalam reaksinya terhadap pendedahan tersebut menyifatkan laporan WSJ berat sebelah, sensasi dan kekurangan bukti.

Syarikat sarat hutang itu berkata, akhbar perniagaan itu mungkin melanggar undang-undang Malaysia apabila merujuk kepada "transkrip prosiding", yang katanya, hanya boleh dikemukakan dalam perbicaraan PAC mengenai 1MDB.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .