» » Apa yang boleh dilakukan rakyat M'sia setelah laporkan suatu jenayah yang serius namun tiada apa dibuat oleh pihak berkuasa ?


Tugas rasmi menahan penjenayah biasanya terletak pada bahu pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Namun pelbagai peruntukan undang-undang membenarkan pelbagai pihak lain turut menahan penjenayah.

Fokus artikel ini ialah rakyat biasa mempunyai beberapa cara yang sah untuk menahan penjenayah secara tidak langsung membantu meringankan beban PDRM dalam menjalankan tugas menahan penjenayah/orang disyaki.

Sekyen 27 Kanun Acara Jenayah memperuntukkan dengan khusus yang rakyat boleh melakukan 'citizen arrest' iaitu dengan menahan penjenayah dan menyerahkan kepada pihak polis . Seseorang yang menahan penjenayah tidak boleh menggunakan kekerasan bila menahan penjenayah kecuali setakat yang terpaksa dilakukan untuk mempertahankan diri jika orang yang disyaki cuba melawan.

Pada kebiasaannya, kesalahan yang boleh menyebabkan rakyat menahan orang yang disyaki ialah kesalahan dikategorikan sebagai seizable offence. Seksyen 2(1) Kanun Acara Jenayah mendefinisikan kesalahan seizable sebagai satu kesalahan di mana kebiasaannya jika polis yang menahan ia tidak perlu waran dan laporan polis dan pelbagai jenis kesalahan Kanun Keseksaan yang disenaraikan dalam kolum ketiga, 

Jadual Pertama, Kanun Acara Jenayah tanpa memerlukan arahan menahan terlebih dulu daripada majistret.

Namun rakyat perlu bijak menilai kekuatan sendiri sebelum menahan penjenayah berbahaya melainkan jika mereka umpamanya beramai-ramai melakukan penahanan dengan menggunakan pelbagai kaedah munasabah yang dapat mengurangkan risiko keselamatan kepada mereka sendiri.

Dalam satu kes Mahkamah Tinggi PP vs Sam Hong Choy (1996) diputuskan yang rakyat tidak perlu melihat sendiri sesuatu jenayah itu berlaku, cukuplah sekadar seseorang itu percaya daripada maklumat yang diterimanya mengenai perbuatan jenayah dilakukan seseorang.

Mahkamah seterusnya membuat keputusan dalam kes berkenaan, "the private person is allowed to arrest so long as the offence is a non-bailable and seizable one." Contoh non-bailable and seizable termasuklah kesalahan seperti membunuh/menjadi dalang langsung pembunuhan. 

Malah mereka yang beria bersubahat melindungi pembunuh dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengelirukan juga melakukan kesalahan subahat jenayah di bawah Kanun Keseksaan tanpa mengira apa jua kedudukan serta pangkat mereka.

Pada kebiasaannya, sekiranya sesuatu kesalahan itu dilaporkan dan dalam siasatan pihak berkuasa, rakyat tidak boleh lagi menahan seseorang yang disyaki itu. 

Namun, sekiranya orang disyaki dari masa ke semasa turut melakukan pelbagai jenayah yang non-bailable dan seizable yang masih belum dilapor maka rakyat boleh menahan orang yang disyaki berkenaan tanpa mengira status mereka ataupun majistret sendiri mempunyai kuasa menahan ataupun mengarahkan polis menahan jika pendakwa raya belum mengeluarkan arahan untuk menahan dan ini termaktub dalam pelbagai peruntukan di bawah Kanun Acara Jenayah.

Malah kes yang diputuskan boleh disemak semula jika terdapat contohnya beberapa fakta dan bukti yang tidak dapat dikemukakan ketika perbicaraan penuh. 

Ada juga keadaan contohnya di mana jika cuma satu pembunuhan dilaporkan terhadap suspek sama sedangkan disyaki ada beberapa pembunuhan lain serta cubaan membunuh yang belum dilaporkan.

Sehubungan itu, rakyat yang melihat apa saja perbuatan jenayah boleh menahan dan menyerahkan mereka yang disyaki kepada polis. 

Apa berlaku jika sesuatu jenayah yang serius setelah dilaporkan rakyat, namun tiada tindakan yang berkesan dilakukan pihak berkuasa?
Seksyen 133 (1) Kanun Acara Jenayah seterusnya memperuntukkan rakyat boleh mengadu pada majistret di lokasi terdekat tempat tinggal mereka supaya mengarahkan polis menahan orang yang disyaki berkenaan sebagai tambahan kepada peranan yang sama oleh pendakwa raya.

Seksyen 30 Kanun Acara Jenayah juga membenarkan majistret yang mengetahui sesuatu perlakuan jenayah untuk mengarahkan polis menahan mereka yang disyaki. Malah, majistret turut mempunyai kuasa menahan penjenayah seperti yang di peruntukan di bawah Seksyen 30 Kanun Acara Jenayah. 

Namun sekiranya majistret sendiri yang melakukan penahanan, beliau tidak boleh mendengar kes berkenaan bila sampai ke mahkamah kelak kerana beliau akan menjadi saksi pihak pendakwa.

Dengan pelbagai peruntukan perundangan yang sebegini komprehensif maka amatlah mudah sekali untuk rakyat bertindak terhadap para penjenayah khususnya yang masih bebas dan berterusan tanpa henti melakukan pelbagai jenayah baru.

Mereka melakukannya tanpa rasa takut seolah-olah kembali ke zaman filem Ali Baba Bujang Lapok yang cuma berehat daripada jenayah yang dikategorikan sebagai seizable pada Sabtu setengah hari bekerja, Ahad dan cuti umum keluar ke kota Baghdad untuk bersuka ria dengan hasil keuntungan daripada jenayah yang dilakukan.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .