» » Harga ubat mungkin melonjak tinggi dan menjadi mahal pada 2016


Beberapa hospital swasta tidak menolak kemungkinan harga ubat mereka meningkat tahun depan disebabkan beberapa faktor, lapor Sinar Harian hari ini.

Antara punca yang disebut jurucakap Hospital Colombia Asia ialah ketidaktentuan nilai mata wang ringgit yang mempengaruhi harga pembelian ubat.

"Kebanyakan ubat kami dibeli dari luar negara dan ia tertakluk kepada mata wang antarabangsa terutama sekali dolar Amerika Syarikat," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Amrahi Buang menjamin, harga ubat yang dibeli melalui tender kerajaan tidak akan terjejas.

Bagaimanapun, katanya, harga ubat-ubatan di sektor swasta mungkin meningkat kerana tiada kawalan harga.

"Saya cadangkan 2 alternatif kepada kerajaan yang mungkin boleh mengelak kenaikan harga ubat," katanya.

Amrahi berkata, pilihan pertama yang kerajaan boleh pertimbangkan ialah mengawal harga ubat dan kedua mengecualikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap ubat.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .