Penutupan sekolah di Johor susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak semalam dilanjutkan sehingga esok, menurut Kementerian Pendidikan.
Kenyataan kementerian menyebut penutupan sekolah pada Rabu dibuat berdasarkan pemantauan IPU di seluruh negara sehingga 4 petang ini mendapati keadaan jerebu di Johor masih tidak banyak berubah berbanding semalam.
Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Johor diminta memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan tersebut dengan kadar segera.
Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, setakat 4 petang tadi 4 kawasan di Johor mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Larkin Lama (128); Pasir Gudang (121); Muar (113) dan Kota Tinggi 108.
Sementara itu, semua sekolah di Melaka yang ditutup hari ini kerana jerebu diarah dibuka semula seperti biasa esok berikutan keadaan jerebu di negeri tersebut bertambah baik.
sumber
No comments: