» » Bekas timbalan pengarah polis cawangan khas cabar Rosmah Mansor jawab sendiri tuduhan yang dikenakan pada dirinya


Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador menggesa isteri perdana menteri Rosmah Mansor tampil menjawab sendiri dakwaan terhadapnya dan tidak menggunakan orang tengah.

Hamid perkata Rosmah tidak perlu menggunakan pembantunya Datuk Rizal Mansor untuk bercakap bagi pihaknya.

“Sanggupkah Rosmah sendiri tampil buat penafian? Dia tak boleh bercakap sendiri ke?

“Sudah tentu, dia (perlu) jawablah,” katanya kepada Malaysiakini.

Isnin lalu, Hamid membangkitkan persoalan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri dibuat dalam "mesyuarat tergempar" dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Rosmah.

Bagaimanapun semalam Rizal dengan keras menafikan dakwaan Rosmah menghadiri mesyuarat tergempar seperti yang didakwa.

Sementara itu, Hamid juga membangkitkan isu berkaitan amalan membeli-belah Rosmah yang didakwanya menyusahkan pegawai dan pengiringnya.

“Selama ini dia banyak menyusahkan pegawai saya. Suka membazir waktu 'bershopping' sakan. Berjam-jam lamanya pegawai polis kena iring.

“Aktiviti dia (Rosmah) itu memaksa kerajaan tanggung kos lebih untuk bayar elaun pegawai-pegawai untuk iring,” dakwanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .