» »Unlabelled » Adik Najib Razak risau mesej daripada peletakan jawatan penasihat 1MDB yang tidak berpuas hati kerana gagal dapat info yang diperlukan


Datuk Seri Nazir Razak menyatakan kebimbangannya terhadap peletakan jawatan Tan Sri Dr Abdul Samad Alias sebagai ahli lembaga penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memuat naik gambar Samad menerusi akaun Instagramnya, pengerusi CIMB iti menulis: "Dihormati, profesional jujur dilantik kerajaan dan dialu-alukan kerajaan dengan meriah. Tetapi dinafikan pengurusan kepada akses maklumat.

"Jika ini benar dan diterima, apakah mesej yang disampaikan kepada agensi dan syarikat berkaitan kerajaan lain?"

Nazir, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu sering menggunakan akaun Instagram beliau bagi mengulas isu semasa.

Semalam, Samad mendedahkan beliau meletakkan jawatan selepas 6 bulan gagal menerima penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat hutang itu.

Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) itu berkata permintaannya untuk mendapatkan maklumat tidak diendahkan.

"Saya minta (laporan) mengenai untung dan rugi. Saya tunggu sehingga 6 bulan dan tidak mendapat sebarang taklimat. Selepas itu saya letak jawatan," katanya pada persidangan "National Conference on Governance, Risk and Control; Gearing for Innovation" di Kuala Lumpur, semalam.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .