Ombak tsunami setinggi hingga tiga meter mungkin berlaku di sepanjang pantai French Polynesia selepas gempa 8.3 magnitud berlaku di Chile, kata Pusat Tsunami Pasifik (PTWC) di Hawaii hari ni.
PTWC juga mengeluarkan amaran ombak tsunami antara 0.3 hingga satu meter di Jepun, Antartika, dan sebahagian besar kawasan Selatan Pasifik termasuk New Zealand, Fiji, Tonga, Vanuatu dan Kepulauan Solomon.
Gempa bumi kuat 8.3 magnitud menggegarkan Chile sebentar tadi dengan amaran tsunami dikeluarkan.
Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa berpusat kira-kira 55 kilometer di barat Illapel, Chile jam 7:54 malam waktu tempatan.
Agensi Kecemasan Kebangsaan Chile mengeluarkan amaran tsunami dan mengerahkan operasi menyelamat di beberapa kawasan pesisir pantai. Bacaan awal gempa 7.9 magnitud, namun ditingkatkan kepada 8.3 magnitud.
"Terdapat laporan mengenai kerosakan kediaman di Illapel," kata Menteri Dalam Negeri Chile, Jorge Burgos memberitahu media. Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, kemungkinan ombak besar tsunami berlaku di sepanjang pantai Chile dan Peru susulan gempa kuat itu.
No comments: