» » SPRM terima sokongan mencurah-curah di Internet


Ketika dilihat tertekan dengan siasatan dan tangkapan polis terhadap anggotanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menerima sokongan mencurah-curah di alam maya.

Di Twitter, hashtag #sokongsprm semalam menjadi antara yang paling hangat dibincangkan sebelum diambil alih oleh #MH370 awal pagi tadi.

Minat orang ramai terhadap topik itu menjadi-jadi selepas polis semalam terus menyiasat pegawai SPRM susulan kes kebocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tekanan demi tekanan itu kemudian menyaksikan suruhanjaya itu, di seluruh Malaysia, tampil dengan solat hajat memohon kekuatan daripada Yang Maha Kuasa untuk memerangi rasuah.

Malah, Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin nyata berang dan bersumpah dengan nama Allah untuk mencari ke lubang cacing dalang yang mengarahkan apa yang berlaku.

Beliau juga mendakwa pihak polis telah mengganggu tugas mereka untuk memerangi rasuah, seperti dinyatakan dalam Akta SPRM 2009.

#DearNajib kekal di atas

Laman pemantauan trend Twitter di negara ini Trendinalia Malaysia bagaimanapun menunjukkan penggunaan hashtag #sokongsprm semakin menurun.

Bagaimanapun, #DearNajib pula, yang dimulakan beberapa hari sebelum ini, masih mendapat perhatian ramai dengan berada di tempat ketiga.

Orang ramai juga masih mengikuti dengan rapat perkembangan kes kemasukan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini tergambar dalam apabila perkataan MACC, Sarawak Reportdan Rahman Dahlan yang kini berada dalam kedudukan 15 teratas.

Datuk Rahman Dahlan, pengarah komunikasi strategik BN, kini antara pihak paling terkedepan mempertahankan Najib daripada dakwaan salah laku.

Sementara itu Facebook pula, semakin banyak laman menyokong SPRM muncul, terbaru “Rakyat Bersama SRPM” yang dalam masa singkat sudah disukai lebih 5,000 orang.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .