» » Rakyat Malaysia jangan takut untuk menyoal walaupun banyak sekatan dan halangan


Ketika kontroversi mengenai wang derma RM2.6 bilion dalam akaun bank perdana menteri hangat diperkatakan, peguam Syahredzan Johan yang lantang bersuara berkata, rakyat Malaysia tidak perlu takut untuk bertanya soalan.

Syahredzan, pengerusi bersama Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan Majlis Peguam berkata, soalan perlu ditanya dalam usaha untuk mempertahankan prinsip kebebasan berucap dan bersuara.

Beliau mendakwa, tujuan undang-undang seperti Akta Hasutan diperketatkan ialah supaya orang tidak bertanya soalan dan "bagi memenjarakan fikiran rakyat".

"Kita ada prinsip tertentu yang kita patuhi dalam satu demokrasi. Kebebasan berucap dan bersuara adalah sebahagian daripada DNA kita, jadi kita berpegang kepada nilai ini.

"Kalau kita tidak mengatakan sesuatu kerana kita takut mereka cari kita, bermakna kita mengatakan nilai ini tidak begitu penting kepada kita.

"Adakah kita mahu menjadi jenis masyarakat yang membenarkan pihak berkuasa berbuat sesuka hati mereka kerana kita takut kita akan susah?

"Jangan takut walaupun undang-undang boleh dikenakan ke atas anda. Anda tidak keseorangan," katanya pada forum awam mengenai Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan pindaan kepada Akta Hasutan 1948, anjuran Jawatankuasa Majlis Peguam Pulau Pinang di Pulau Pinang, malam tadi.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .