Tertuduh, Khadijah Mohamad, 30, didakwa menggunakan jawatannya untuk membuat keputusan berhubung Projek Pembinaan Pusat Memancing dan Taman Rekreasi MBFM bernilai RM40,000.
Ia diberikan kepada Syarikat Berkat Sri Kreatif milik suaminya Ruzaidy Ibrahim.
"Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 1.30 tengahari 3 oktober, 2012 di depan Maybank Cawangan Labis," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Khadijah menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Johor Baru pagi ini.
"Hakim Mohd Haldar Aziz menjatuhkan hukuman penjara 7 hari dan denda RM200,000 selepas tertuduh mengaku bersalah.
"Sekiranya gagal membayar denda, Khadijah akan dipenjara 12 bulan," kata SPRM.
Khadijah didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau 5 kali ganda nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Noor Fazlin Hamdan.
sumber
No comments: