Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad tampil menjelaskan kenapa beliau tidak menyentuh soal hukum merokok ketika mengharamkan penggunaan vapor atau rokok elektronik.
Tampil membetulkan salah faham itu, pentadbir Facebook beliau menjelaskan, mufti tidak menyentuh “hukum rokok atas faktor politik (isu cukai rokok)” kerana ia telah dijelaskan secara mendalam.
Kata pentadbir itu, Zulkifli telah menulisnya secara mendaalam dan boleh dirujuk dalam bab “Bayan Linnas Siri ke-18” di web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Zulkifli semalam berkata penggunaan rokok elektronik hukumnya haram berdasarkan qiyas kepada rokok sebenar serta mungkin lebih memudaratkan berbanding rokok biasa.
Beliau juga berkata penggunaan vapor juga suatu pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah.
“Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa.
“Justeru, hukumnya adalah haram,” katanya.
sumber
No comments: