» » Ikrar terus bangkitkan skandal 1MDB selagi ia tak disiasat dengan sempurna


Menyambut kenyataan bekas Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, DAP hari ini berikrar akan terus membangkitkan persoalan-persoalan yang berlegar di sebalik operasi meragukan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, Muhyiddin dalam ucapannya di Pontian semalam merungut tentang kelewatan hasil siasatan 1MDB didedahkan kepada umum dan mengibaratkannya seperti "menunggu bulan jatuh ke riba".

"Justeru, inilah sebabnya isu-isu yang menyelubungi skandal RM42 bilion 1MDB perlu dibangkitkan dalam ruang awam.

"Ia kerana percubaan-percubaan lain bagi mengorek kebenaran dihentikan sewaktu ia sedang berlangsung," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam kenyataannya awal pagi ini.

Beliau juga tidak kisah dituduh mengitar semula tuduhan selagi 1MDB masih belum menjelaskan tentang "unit" pelaburannya yang kini didakwa disimpan di bank di Singapura.

"1MDB mungkin terus menuduh saya mengitar semula tuduhan. Namun, saya akan terus mendesak dan bertanya selagi 1MDB terus memberikan kenyataan bukan jawapan yang dikitar semula.

"Saya akan terus menjadi monyet yang disebut dalam bidalan – yang akan terus bergayut pada leher 1MDB selagi syarikat milik negara ini enggan memberi jawapan benar dan menjawab soalan mudah seperti nilaian bank terhadap 'unit' mereka," kata Pua dalam kenyataan itu.

Menurut Pua, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy sebelum ini mendakwa pelaburan sebanyak AS$1.103 bilion itu pada asalnya ditebus daripada Kepulauan Cayman dalam bentuk "tunai".

Namun, ia kemudian didakwa dalam bentuk "aset" dan akhir sekali didakwa dalam bentuk "unit".

"Justeru, Arul Kanda mesti jelaskan mengapakah 'unit' misteri ini disimpan dalam BSI Bank di Singapura. Adakah ia disokong saham syarikat swasta atau syarikat yang disenaraikan, atau disokong dengan hartanah atau aset-aset lain?

"Lebih penting lagi, apakan nilaian bank terhadap ‘unit-unit’ ini?" kata Pua.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .