» » BERSIH 4 tetap diteruskan walaupun jika ada raptai Hari Merdeka 2015


Penganjur perhimpunan Bersih 4 yang dijadualkan akhir bulan ini mengetepikan kebimbangan yang raptai Hari Merdeka akan mengganggu rancangan mereka untuk berkhemah di Dataran Merdeka, mengatakan mereka akan tetap meneruskan perhimpunan itu.

Pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, mereka tidak mendengar ada pihak merancang mengadakan raptai sebelum perhimpunan 34 jam itu, yang dijadualkan berlangsung dari 29 hingga 30 Ogos ini.

"Tetapi jika adapun, kita akan cuba bergerak sehampir mungkin ke Dataran sekiranya kita tidak boleh masuk ke dalam.

"Kita akan berkhemah di kawasan sekitar Dataran," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Perarakan Hari Merdeka dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Kebiasaannya, mereka akan mengadakan raptai di lokasi itu beberapa hari sebelum acara sebenar.

Rancangan Bersih mengadakan perhimpunan ke-4 di sana menimbulkan persoalan jika ia akan mengganggu latihan kemerdekaan itu atau jika pihak berkuasa akan mengambil tindakan menghalang mereka daripada berkhemah di sana.

Maria juga mengetepikan isu kesesakan lalu lintas yang mungkin timbul sekiranya mereka mengambil keputusan berkhemah di kawasan sekitar Dataran itu.

"Raptai itu juga akan mengganggu lalu lintas, jadi apa bezanya?" soal beliau merujuk kepada penutupan jalan yang biasanya akan dilakukan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Selain Kuala Lumpur, perhimpunan Bersih 4 juga akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak serta bandar-bandar utama di seluruh dunia.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .