» » TMJ tegur Puad Zarkashi kerana dakwa hubungan Najib Razak dan Sultan Johor baik


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Tunku Ibrahim menegur seorang ahli Majlis Tertinggi Umno dari negeri itu yang mendakwa hubungan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah baik.

Menurut Tunku Ismail, Datuk Dr Puad Zarkashi tidak wajar membuat kenyataan tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Merujuk pernyataan yang dibuat seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara Sultan Johor dan perdana menteri, pada pendapat saya seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar.

"Jangan membuat spekulasi berkenaan DYMM Tuanku ada masalah dengan perdana menteri atau tidak, kerana hanya DYMM Sultan dan saya sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.

"Oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum," katanya menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers hari ini merujuk kepada Puad yang juga merupakan ketua pengarah Jasa.

Dua hari lalu, Puad mengeluarkan kenyataan yang hubungan di antara Najib dan Sultan Ibrahim adalah baik sewaktu menjelaskan khabar angin di media sosial yang hubungan di antara mereka tidak mesra.

Sebelum ini, Tunku Ismail turut membidas forum Nothing2Hide yang dibatalkan pada saat-saat akhir kerana Najib tidak muncul.

Keluarga diraja Johor juga turut menerima menghadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau digugurkan daripada Kabinet hujung bulan lalu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .