Tony Pua akhirnya hari ini menafikan beliau pernah beAhli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua nafi bertemu bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo.
Penafian ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dibuat selepas beliau sebelum ini mencabar Barisan Nasional (BN) menamakan dirinya sebagai pemimpin pembangkang yang bertemu Justo.
"Tidak pernah," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan pada sidang media petang ini.
Pua berkata, beliau juga tidak pernah bertemu bekas wartawan Lester Melanyi yang mengaitkannya dalam video 'pengakuan' beliau.
Sebaliknya, Pua mengaku bertemu pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, beberapa kali di Singapura, Indonesia dan London.
Justo sebelum ini dilaporkan bertemu pemimpin pembangkang Malaysia dan pemilik media di Singapura sebelum warga Switzerland itu ditahan di Thailand pada 22 Jun lalu.
Dia yang sedang disiasat polis Thailand kerana didakwa memeras ugut bekas majikannya, mengaku bertemu beberapa individu di Singapura untuk berunding mengenai penyerahan dokumen tertentu dimilikinya.
Hari ini, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mencabar Pua supaya berterus-terang sama ada pernah bertemu Justo atau tidak, bagi mendapatkan maklumat sulit mengenai 1MDB.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu mempertikaikan sikap Pua yang masih berdolak-dalik membuat pengakuan, dengan berkata beliau sendiri sebelum ini secara terbuka boleh mengakui bertemu dengan pengarah eksekutif kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
"Kalau saya yang jumpa Justo, saya akan cakap, saya akan mengaku. Seperti saya pergi jumpa Arul. Orang kata pengerusi BNBBC pergi jumpa Arul, apa pula konspirasi dia, kan?
"Kalau ahli Parlimen pembangkang berjumpa dengan seseorang yang mempunyai maklumat tentang kerajaan dan pemerintah, cakaplah, apa salahnya?," kata Shahrir yang ditemui di majlis rumah terbuka di Parlimen hari ini.
sumber
No comments: